Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PEGAWAI BOMBA BANTUAN) 2014
Seksyen 9
Bantuan jika—
(1)
Tugas Pegawai Bomba Bantuan hendaklah termasuk—
(a)
mengambil langkah yang sah bagi—
(i)
memadam, menentang, mencegah, dan mengawal kebakaran; dan
(ii)
melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran;
dan
(b)
melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
(2)
Pegawai Bomba Bantuan boleh, sebagai tambahan kepada tugas-tugas di bawah subperaturan (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah.
(3)
Dalam melaksanakan tugasnya, Pegawai Bomba Bantuan hendaklah mempunyai kuasa yang sama yang diperuntukkan di bawah seksyen 18 dan 19 Akta.
Elaun