Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017

Seksyen 10

(1)

Broker insurans MAT yang diluluskan tidak boleh mempelawa mana-mana orang di Malaysia untuk membuat suatu tawaran atau cadangan untuk membuat suatu kontrak insurans tanpa mendedahkan kepada orang itu semua maklumat yang material termasuk—

(a)

nama perniagaan, alamat perniagaan, laman sesawang (sekiranya ada), alamat e-mel dan nombor telefonnya;

(b)

fakta bahawa broker insurans MAT yang diluluskan itu tidak diluluskan di bawah subseksyen 11(2) Akta untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans, tetapi hanya diluluskan oleh

Bank untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans berkenaan dengan MAT insurans di bawah Peraturan-Peraturan ini, dengan pengawasan terhad oleh Bank;

(c)

fakta bahawa broker insurans MAT yang diluluskan itu menjalankan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan dari luar Malaysia dan tidak mempunyai apa-apa kehadiran perdagangan di Malaysia;

(d)

nama penanggung insurans itu;

(e)

hubungan broker insurans MAT yang diluluskan itu dengan penanggung insurans itu;

13

(f)

premium yang dikenakan oleh penanggung insurans itu;

(g)

fakta bahawa apa-apa aduan boleh diajukan kepada broker insurans MAT yang diluluskan itu; dan

(h)

apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Perenggan (1)(c) tidak terpakai bagi broker insurans MAT yang diluluskan yang merupakan broker insurans Labuan.

Akaun premium pembrokeran insurans MAT

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017