Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017

Seksyen 11

(1)

Mana-mana broker insurans MAT yang diluluskan yang menerima atau memungut apa-apa premium di Malaysia hendaklah mewujudkan dan menyenggara suatu akaun yang berasingan dengan—

(a)

suatu bank berlesen di bawah Akta;

(b)

suatu bank yang setara dalam negara yang ditetapkan di mana broker insurans MAT yang diluluskan itu dilesenkan, diluluskan, didaftarkan atau dikawal selia selainnya; atau

(c)

suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010.

(2)

Broker insurans MAT yang diluluskan itu hendaklah membayar ke dalam akaun bank yang disenggarakan olehnya di bawah subperaturan (1) semua wang yang diterima olehnya—

(a)

daripada atau bagi pihak pemunya polisi atau pemunya polisi yang diniatkan bagi atau atas akaun penanggung insurans yang berkaitan dengan suatu kontrak insurans atau kontrak insurans yang dicadangkan; atau 14

(b)

daripada atau bagi pihak penanggung insurans bagi atau atas akaun pemunya polisi atau pemunya polisi yang diniatkan.

(3)

Broker insurans

MAT yang diluluskan itu hendaklah membuat pembayaran—

(a)

premium yang diterima atau dipungut semasa menjalankan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan kepada penanggung insurans tidak lewat daripada lima belas hari dari tarikh premium itu diterima atau dipungut; dan

(b)

wang yang kena dibayar kepada orang yang menuntut dalam masa lima belas hari dari tarikh wang itu diterima.

(4)

Broker insurans MAT yang diluluskan itu hendaklah menetapkan apa-apa akaun bank yang disenggarakan olehnya di bawah subperaturan (1) sebagai suatu akaun premium pembrokeran insurans MAT, dengan atau tanpa perihalan perkataan selainnya.

(5)

Bagi maksud peraturan ini dan peraturan 17, “wang” ertinya apa-apa jumlah yang diterima oleh suatu broker insurans MAT yang diluluskan sebagai ejen bagi pemunya polisi atau pemunya polisi yang diniatkan, termasuklah wang polisi, premium dan bayaran tuntutan.

Rundingan dan penempatan risiko

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017