Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(1)
Tiada seorang pun, melainkan jika ia diluluskan di bawah peraturan 4, boleh—
(a)
dalam nama, perihalan atau gelarannya yang di bawahnya orang itu menjalankan perniagaan atau melakukan perniagaannya, menggunakan perkataan “broker insurans MAT yang diluluskan”
atau apa-apa terbitan perkataan itu dalam apa-apa bahasa atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan; atau
(b)
membuat apa-apa representasi yang mempunyai kesan tersebut dalam apa-apa dokumen yang berhubungan dengan perniagaannya atau dokumen yang digunakan dalam penjalanan perniagaannya atau dalam apa-apa cara lain walau apa jua.
(2)
Broker insurans MAT yang diluluskan hanya boleh menggunakan perkataan “broker insurans MAT yang diluluskan” untuk menunjukkan bahawa ia menjalankan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit.
16
Kuasa Bank untuk mengeluarkan arahan