Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(1)
Broker insurans MAT yang diluluskan hendaklah mengemukakan kepada
Bank apa-apa dokumen atau maklumat, termasuk apa-apa dokumen atau maklumat berhubung dengan perniagaan yang dijalankan olehnya sebagai broker insurans MAT yang diluluskan, mengikut apa-apa bentuk dan cara, dan dalam apa-apa tempoh masa, sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(2)
Broker insurans
MAT yang diluluskan yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat di bawah subperaturan (1) tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat—
(a)
yang broker insurans MAT yang diluluskan itu mengetahuinya, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam butir material; atau 17
(b)
yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan kesalahan atau peninggalan material, atau apa-apa kesalahan atau peninggalan berulang.
(3)
Mana-mana broker insurans MAT yang diluluskan yang melanggar perenggan 2(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit.
Perakuan wang yang diterima, dsb.