Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Peraturan-Peraturan Insurans (Broker Insurans Marin, Penerbangan dan Transit
Antarabangsa yang Diluluskan) 2012 [P.U. (A) 169/2012] dibatalkan.
Kecualian berkenaan dengan kelulusan yang diberikan di bawah
Peraturan-Peraturan Insurans (Broker Insurans Marin, Penerbangan dan Transit
Antarabangsa yang Diluluskan) 2012 yang dibatalkan 19.
(1)
Apa-apa kelulusan yang diberikan oleh Bank di bawah peraturan 4,
Peraturan-Peraturan yang dibatalkan untuk seseorang menjalankan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, hendaklah disifatkan sebagai suatu kelulusan yang diberikan di bawah perenggan 4(2)(a) kepada orang itu untuk menjalankan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), kelulusan yang disifatkan di bawah subperaturan
(1)
hendaklah tertakluk kepada perenggan 4(4)(a)
dan
(b)
Peraturan-Peraturan ini berhubung dengan modal berbayarnya dan polisi insurans tanggung rugi profesionalnya.
(3)
Semua syarat yang dikenakan di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebelum tarikh mula kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini, hendaklah disifatkan telah dikenakan di bawah
Peraturan-Peraturan ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan berhubung dengan orang itu yang baginya syarat itu terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(4)
Apa-apa kuasa, izin, keputusan, arahan, pengecualian, notis, perintah, kebenaran, syor, kehendak, spesifikasi atau apa-apa aktiviti eksekutif yang lain yang diberi atau dibuat di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan hendaklah disifatkan telah diberi atau dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan berhubung dengan orang itu yang baginya kuasa, izin, keputusan, arahan, pengecualian, notis, perintah, kebenaran, syor, kehendak, spesifikasi
19
atau apa-apa aktiviti eksekutif yang lain itu terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
---------------------------------------------