Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017

Seksyen 4

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

Kelulusan oleh Bank 4.

(1)

Broker insurans yang ditetapkan atau broker insurans Labuan boleh memohon secara bertulis kepada Bank untuk menjadi broker insurans MAT yang diluluskan, dan hendaklah mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, termasuk kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa penyeliaannya untuk ia menjalankan perniagaan sebagai broker insurans

MAT yang diluluskan.

(2)

Dalam menilai suatu permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1), Bank boleh mengambil kira apa-apa faktor yang difikirkan oleh Bank berkaitan dan Bank boleh—

(a)

tertakluk kepada subperaturan (3), meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat; atau

(b)

menolak permohonan itu.

6

(3)

Bank tidak boleh meluluskan mana-mana permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) melainkan jika pemohon itu mempunyai—

(a)

modal berbayar sebanyak satu juta ringgit atau suatu jumlah bersamaan dalam mata wang negara yang ditetapkan di mana pemohon itu dilesenkan, diluluskan, didaftarkan atau dikawal selia selainnya; dan

(b)

polisi insurans tanggung rugi profesional yang berkuat kuasa, bersih selepas deduktibel, sebanyak sekurang-kurangnya satu juta ringgit atau suatu jumlah bersamaan dalam mata wang negara yang ditetapkan di mana pemohon itu dilesenkan, diluluskan, didaftarkan atau dikawal selia selainnya, berkenaan dengan perniagaan pembrokeran insuransnya.

(4)

Jika Bank meluluskan permohonan di bawah perenggan (2)(a), broker insurans MAT yang diluluskan itu hendaklah memulakan perniagaannya sebagai broker insurans MAT yang diluluskan dalam tempoh yang dinyatakan dalam kelulusan itu atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan oleh Bank, dan hendaklah memberitahu Bank tarikh memulakan perniagaan itu.

(5)

Setelah diluluskan di bawah perenggan (2)(a), broker insurans MAT yang diluluskan yang merupakan broker insurans yang ditetapkan hendaklah memberikan kuasa kepada ejen tempatan di Malaysia untuk menerima penyampaian apa-apa notis dan proses undang-undang berkenaan dengan, dan berkaitan dengan perniagaannya itu, termasuk apa-apa notis atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank, dan mengemukakan kepada Bank nama, alamat dan perincian yang lain ejen yang diberi kuasa itu yang ditentukan oleh Bank.

(6)

Broker insurans MAT yang diluluskan hendaklah pada setiap masa—

(a)

mengekalkan modal berbayar yang disebut dalam perenggan (3)(a); dan 7

(b)

mempunyai suatu polisi insurans tanggung rugi profesional yang berkuat kuasa yang disebut dalam perenggan (3)(b).

Syarat kelulusan tambahan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017