Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017

Seksyen 6

(1)

Bank boleh membatalkan kelulusan yang diberikan kepada broker insurans

MAT yang diluluskan di bawah peraturan 4 sekiranya—

(a)

broker insurans MAT yang diluluskan itu tidak memulakan perniagaannya sebagai broker insurans MAT yang diluluskan dalam tempoh yang dinyatakan dalam kelulusan yang disebut dalam perenggan 4(2)(a), atau selepas memulakan perniagaan itu, broker insurans MAT yang diluluskan telah gagal untuk membuat apa-apa kontrak pembrokeran insurans MAT dalam masa dua puluh empat bulan dari tarikh memulakan perniagaannya;

(b)

broker insurans MAT yang diluluskan itu telah terhenti daripada menjalankan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan;

(c)

broker insurans MAT yang diluluskan itu telah terhenti daripada dilesenkan, diluluskan, didaftarkan atau dikawal selia selainnya sebagai broker insurans oleh pihak berkuasa penyeliaannya;

8

(d)

broker insurans MAT yang diluluskan itu telah melanggar atau memungkiri mana-mana peruntukan

Akta atau

Peraturan-Peraturan ini, atau gagal mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan atau apa-apa arahan yang diberikan oleh Bank di bawah

Akta atau Peraturan-Peraturan ini, tidak kira sama terdapat apa-apa pendakwaan atau tindakan lain yang telah diambil oleh

Bank berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

(e)

broker insurans MAT yang diluluskan itu telah mengemukakan maklumat palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap dalam permohonannya untuk kelulusan di bawah subperaturan 4(1);

(f)

broker insurans MAT yang diluluskan itu telah menjadi tidak berkeupayaan untuk memenuhi apa-apa obligasinya, sama ada di Malaysia atau tempat lain;

(g)

broker insurans MAT yang diluluskan itu—

(i)

telah dilikuidasikan; atau

(ii)

telah digulung atau selainnya dibubarkan;

(h)

seorang penerima, penerima dan pengurus, pengurus kehakiman, atau mana-mana orang lain yang mempunyai kuasa dan kewajipan sebagai seorang penerima, penerima dan pengurus atau pengurus kehakiman, telah dilantik, sama ada di Malaysia atau tempat lain, berhubung dengan, atau berkenaan dengan apa-apa harta, broker insurans MAT yang diluluskan itu;

(i)

pada pendapat Bank, broker insurans MAT yang diluluskan itu sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau

9

sedang menuruti atau akan menuruti apa-apa penjalanan pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau telah gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti penjalanan pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan broker insurans MAT yang diluluskan itu, sama ada di Malaysia atau tempat lain;

(j)

milikan harta broker insurans MAT yang diluluskan itu telah diambil oleh atau bagi pihak pemegang debentur menurut suatu gadaian atas harta itu, sama ada di Malaysia atau tempat lain;

(k)

pada pendapat Bank, broker insurans MAT yang diluluskan itu sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan pemunya polisi atau pemunya polisi yang diniatkan, sama ada di

Malaysia atau tempat lain; atau

(l)

pada pendapat Bank, adalah demi kepentingan orang awam untuk berbuat sedemikian.

(2)

Bank hendaklah, sebelum membatalkan kelulusan di bawah subperaturan (1)—

(a)

melalui notis secara bertulis memberitahu niat Bank untuk membatalkan kelulusan broker insurans MAT yang diluluskan itu dan alasan bagi pembatalan itu; dan

(b)

memberikan peluang kepada broker insurans MAT yang diluluskan itu membuat representasi bertulis kepada Bank sebab kelulusannya tidak harus dibatalkan, dan menyatakan tempoh yang representasi bertulis itu boleh dibuat.

(3)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam perenggan (2)(b), dan selepas mempertimbangkan apa-apa representasi bertulis yang

10

dibuat di bawah perenggan itu, jika ada, Bank hendaklah memutuskan sama ada untuk—

(a)

meneruskan untuk membatalkan kelulusan itu;

(b)

mengambil apa-apa tindakan lain, termasuk mengenakan apa-apa syarat atau sekatan atas kelulusan itu; atau

(c)

tidak mengambil tindakan selanjutnya.

(4)

Jika Bank memutuskan untuk membatalkan kelulusan di bawah perenggan (3)(a)—

(a)

Bank hendaklah memberi broker insurans MAT yang diluluskan itu notis bertulis mengenai keputusan yang berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu;

(b)

broker insurans MAT yang diluluskan itu hendaklah dengan serta-merta terhenti daripada menjalankan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan pada tarikh yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam perenggan 4(a); dan

(c)

Bank boleh menyiarkan suatu notis pembatalan kelulusan itu mengikut apa-apa bentuk yang difikirkan sesuai oleh Bank.

Pemberhentian perniagaan secara sukarela

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017