Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017

Seksyen 7

(1)

Broker insurans MAT yang diluluskan boleh berhenti menjalankan perniagaan sebagai broker insurans MAT yang diluluskan dengan memberikan notis bertulis terdahulu kepada Bank menyatakan niatnya untuk berhenti menjalankan perniagaan itu dan sebab bagi pemberhentian itu.

11

(2)

Notis bertulis yang disebut dalam subperaturan (1) diberikan oleh broker insurans MAT yang diluluskan kepada Bank sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum ia berniat untuk menghentikan perniagaan itu.

(3)

Broker insurans MAT yang diluluskan itu hendaklah serta-merta berhenti menjalankan perniagaan itu pada tarikh pemberhentian yang ia berniat untuk menghentikan perniagaan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis yang disebut dalam subperaturan (1).

(4)

Bank boleh menyiarkan suatu notis pemberhentian perniagaan berkenaan dengan broker insurans MAT yang diluluskan yang disebut dalam subperaturan (1) mengikut apa-apa bentuk yang difikirkan sesuai oleh Bank.

Kesan pembatalan atau pemberhentian

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT YANG DILULUSKAN) 2017