Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Broker insurans MAT yang diluluskan yang kelulusannya telah dibatalkan di bawah peraturan 6 atau yang telah secara sukarela terhenti menjalankan perniagaan sebagai Broker insurans MAT yang diluluskan di bawah peraturan 7 hendaklah terus tertakluk kepada Akta dan Peraturan-Peraturan ini pada takat yang sama sebagaimana sebelum kelulusannya dibatalkan atau pemberhentian perniagaannya secara sukarela, dan hendaklah terus menunaikan obligasinya, atau membuat perkiraan yang mencukupi untuk menunaikan obligasinya, selagi obligasi itu belum selesai atau ditunaikan, atau diperuntukkan selainnya sehingga Bank berpuas hati.
(2)
Pembatalan kelulusan di bawah peraturan 6 atau pemberhentian perniagaan secara sukarela di bawah peraturan 7 tidak boleh berfungsi untuk—
(a)
mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat antara mana-mana orang dengan broker insurans itu sepanjang tempoh ia menjadi broker insurans MAT yang diluluskan; atau
(b)
menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.
12
Fi tahunan