Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“broker wang elektronik asing yang diluluskan” ertinya broker wang yang diluluskan—
(a)
yang pengawalnya ialah suatu institusi asing; dan
(b)
yang menjalankan perniagaan pembrokeran wang melalui sistem padanan harga elektronik;
“cawangan”, berhubung dengan penanggung insurans berlesen, ertinya suatu tempat perniagaan tetap di Malaysia di mana perniagaan penanggung insurans berlesen dijalankan, tetapi tidaklah termasuk agensi insurans;
P.U. (A) 331 3
“cawangan penuh”, berhubung dengan bank berlesen dan bank pelaburan berlesen, ertinya suatu tempat perniagaan tetap di Malaysia di mana—
(a)
perkhidmatan menyetuju terima deposit atas sesuatu akaun dan pengeluaran wang disediakan; atau
(b)
tidak kurang daripada empat perkhidmatan atau perniagaan yang berikut disediakan atau dijalankan:
(i)
perkhidmatan menyetuju terima deposit atas sesuatu akaun;
(ii)
perkhidmatan menerima wang bagi pembayaran kemudahan kredit, termasuk bil kad kredit;
(iii)
perkhidmatan bantuan am, nasihat dan pemasaran kepada pelanggan berkenaan dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan;
(iv)
perniagaan pertukaran wang;
(v)
perniagaan pengiriman wang dan penyenggaraan akaun pelanggan bagi maksud pengiriman wang;
(vi)
perkhidmatan membayar wang yang dikirim oleh seseorang di luar Malaysia kepada mana-mana orang di Malaysia; atau
(vii)
apa-apa perkhidmatan atau perniagaan lain yang diluluskan oleh
Bank;
“cawangan penuh berkongsi”, berhubung dengan bank berlesen dan bank pelaburan berlesen, ertinya suatu cawangan penuh yang menyediakan dan menjalankan gabungan perkhidmatan dan perniagaan perbankan dan perkhidmatan dan perniagaan perbankan Islam;
P.U. (A) 331 4
“perniagaan nasihat kewangan Islam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
“perniagaan pembrokeran takaful” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Fi yang kena dibayar kepada Bank