Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (FI) 2014

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“cawangan”, berhubung dengan pengendali takaful berlesen, ertinya suatu tempat perniagaan tetap di Malaysia di mana perniagaan pengendali takaful berlesen dijalankan, tetapi tidaklah termasuk agensi takaful;

“cawangan penuh”, berhubung dengan bank Islam berlesen selain bank Islam antarabangsa berlesen, ertinya suatu tempat perniagaan tetap di Malaysia di mana—

(a)

perkhidmatan menyetuju terima deposit Islam atas sesuatu akaun, atau menyetuju terima wang di bawah sesuatu akaun pelaburan dan pengeluaran wang disediakan; atau

(b)

tidak kurang daripada empat perkhidmatan atau perniagaan yang berikut disediakan atau dijalankan:

(i)

perkhidmatan menyetuju terima deposit Islam atas sesuatu akaun atau menyetuju terima wang di bawah sesuatu akaun pelaburan;

3

(ii)

perkhidmatan menerima wang bagi pembayaran kemudahan kredit, termasuk bil kad kredit;

(iii)

perkhidmatan bantuan am, nasihat dan pemasaran kepada pelanggan berkenaan dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan;

(iv)

perniagaan pertukaran wang;

(v)

perniagaan pengiriman wang dan penyenggaraan akaun pelanggan bagi maksud pengiriman wang;

(vi)

perkhidmatan membayar wang yang dikirim oleh seseorang di luar

Malaysia kepada mana-mana orang di Malaysia; atau

(vii)

apa-apa perkhidmatan atau perniagaan lain yang diluluskan oleh

Bank.

Fi yang kena dibayar kepada Bank

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM (FI) 2014