Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“insurans MAT” ertinya risiko insurans yang berhubungan dengan—
(a)
perkapalan maritim, penerbangan perdagangan, pelancaran dan pengangkutan angkasa
(termasuk satelit), yang melindungi mana-mana atau kesemua yang berikut—
(i)
barang-barang yang sedang diangkut; dan
(ii)
kenderaan yang mengangkut barang-barang tersebut, dan apa-apa liabiliti yang berbangkit daripadanya; dan
(b)
barang-barang dalam transit antarabangsa, tetapi tidak termasuk insurans semula risiko tersebut;
P.U. (A) 111 4
“Malaysia” tidak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan;
“negara yang ditetapkan” ertinya sebuah negara atau wilayah yang dinyatakan dalam Jadual;
“penanggung insurans Labuan” mempunyai pengertian yang sama diberikan kepadanya dalam seksyen 101 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
[Akta 704];
“penanggung insurans MAT yang diluluskan” ertinya seorang penanggung insurans yang ditetapkan atau penanggung insurans Labuan yang diluluskan di bawah perenggan 4(2)(a);
“penanggung insurans yang ditetapkan” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan, diluluskan, didaftarkan atau dikawal selia selainnya di bawah undang-undang mana-mana negara yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan insurans di negara tersebut;
“pihak berkuasa penyeliaan” ertinya pihak berkuasa, badan atau agensi yang bertanggungjawab bagi penyeliaan dan pengawasan penanggung insurans yang ditetapkan atau penanggung insurans Labuan.
Perniagaan insurans MAT di bawah Peraturan-Peraturan