Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Bank boleh membatalkan kelulusan yang diberikan kepada penanggung insurans MAT yang diluluskan di bawah peraturan 4 sekiranya—
(a)
penanggung insurans MAT yang diluluskan itu tidak memulakan perniagaan penanggung insuran MAT dalam tempoh yang dinyatakan dalam kelulusan yang disebut dalam perenggan 4(2)(a), atau selepas memulakan perniagaan itu, penanggung insurans MAT yang diluluskan tidak membuat apa-apa kontrak insurans MAT dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh memulakan perniagaannya;
(b)
penanggung insurans MAT yang diluluskan itu telah terhenti dari menjalankan perniagaan sebagai suatu penanggung insurans MAT yang diluluskan;
(c)
penanggung insurans MAT yang diluluskan itu telah terhenti dari dilesenkan, diluluskan, didaftarkan atau dikawal selia selainnya sebagai penanggung insurans oleh pihak berkuasa penyeliaannya;
(d)
penanggung insurans MAT yang diluluskan itu telah melanggar atau memungkiri mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini, atau gagal mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan atau apa-apa arahan yang diberikan oleh
Bank di bawah
Akta atau
Peraturan-Peraturan ini, tidak kira sama ada terdapat apa-apa pendakwaan atau tindakan lain yang lain diambil oleh Bank berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
(e)
penanggung insurans MAT yang diluluskan itu telah mengemukakan maklumat palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap dalam permohonannya untuk kelulusan di bawah subperaturan 4(1);
(f)
penanggung insurans MAT yang diluluskan itu tidak berkeupayaan untuk memenuhi obligasinya, sama ada di Malaysia atau tempat lain;
P.U. (A) 111 8
(g)
penanggung insurans MAT yang diluluskan itu—
(i)
telah dilikuidasikan; atau
(ii)
telah digulung atau dibubarkan selainnya;
(h)
seorang penerima, penerima dan pengurus, pengurus kehakiman, atau mana-mana orang lain yang mempunyai kuasa dan kewajipan sebagai seorang penerima, penerima dan pengurus atau pengurus kehakiman, telah dilantik, sama ada di Malaysia atau tempat lain, berhubung dengan, atau berkenaan dengan apa-apa harta, penanggung insurans
MAT yang diluluskan itu;
(i)
pada pendapat Bank, penanggung insurans MAT yang diluluskan itu sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti apa-apa penjalanan pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau telah gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti penjalanan pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan penanggung insurans MAT yang diluluskan itu, sama ada di Malaysia atau tempat lain;
(j)
milikan harta penanggung insuran MAT yang diluluskan itu telah diambil oleh atau bagi pihak pemegang debentur menurut suatu gadaian atas harta itu, sama ada di Malaysia atau tempat lain;
(k)
pada pendapat Bank, penanggung insurans MAT yang diluluskan itu sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan pemunya polisi atau pemunya polisi yang diniatkan, sama ada di Malaysia atau tempat lain; atau
(l)
pada pendapat Bank, adalah demi kepentingan orang awam untuk berbuat sedemikian.
P.U. (A) 111 9
(2)
Bank hendaklah, sebelum membatalkan kelulusan di bawah subperaturan (1)—
(a)
melalui notis secara bertulis memberitahu niat Bank untuk membatalkan kelulusan penanggung insurans MAT yang diluluskan itu dan alasan bagi pembatalan itu; dan
(b)
memberikan peluang kepada penanggung insurans MAT yang diluluskan itu membuat representasi bertulis kepada Bank sebab kelulusannya tidak harus dibatalkan dan menyatakan tempoh yang representasi bertulis itu boleh dibuat.
(3)
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam perenggan (2)(b) dan selepas mempertimbangkan apa-apa representasi bertulis yang dibuat di bawah perenggan itu, jika ada, Bank hendaklah memutuskan sama ada untuk—
(a)
meneruskan untuk membatalkan kelulusan itu;
(b)
mengambil apa-apa tindakan lain, termasuk mengenakan apa-apa syarat atau sekatan atas kelulusan itu; atau
(c)
tidak mengambil tindakan selanjutnya.
(4)
Jika
Bank memutuskan untuk membatalkan kelulusan di bawah perenggan 3(a)—
(a)
Bank hendaklah memberi penanggung insurans MAT yang diluluskan itu notis bertulis mengenai keputusan yang berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis itu;
(b)
penanggung insurans
MAT yang diluluskan itu hendaklah serta-merta terhenti daripada menjalankan perniagaan sebagai
P.U. (A) 111 10
penanggung insurans MAT yang diluluskan pada tarikh yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam perenggan 4(a); dan
(c)
Bank boleh menyiarkan suatu notis pembatalan kelulusan dalam apa-apa bentuk sebagaimana difikirkan sesuai oleh Bank.
Pemberhentian perniagaan secara sukarela