Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Penanggung insurans MAT yang diluluskan yang kelulusannya telah dibatalkan di bawah peraturan 6 atau yang telah secara sukarela terhenti menjalankan perniagaan sebagai penanggung insurans MAT yang diluluskan di bawah peraturan 7
hendaklah terus tertakluk kepada Akta dan Peraturan-Peraturan ini pada takat yang sama sebagaimana sebelum kelulusannya dibatalkan atau memberhentikan perniagaannya secara sukarela, dan hendaklah terus menunaikan obligasinya, atau membuat perkiraan yang mencukupi untuk menunaikan obligasinya, selagi obligasi itu
P.U. (A) 111 11
belum selesai atau belum ditunaikan atau tidak diperuntukkan selainnya hingga Bank berpuas hati.
(2)
Pembatalan kelulusan di bawah peraturan 6 atau pemberhentian perniagaan secara sukarela di bawah peraturan 7 tidak boleh berfungsi untuk—
(a)
mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat di antara mana-mana orang dan penanggung insurans sepanjang tempoh ia menjadi penanggung insurans MAT yang diluluskan; atau
(b)
menjejaskan apa-apa hak, kewajipan atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.
Fi tahunan