Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Seksyen 4

Pembaharuan lesen

(1)

Suatu permohonan bagi pembaharuan lesen hendaklah dibuat dalam cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana permohonan untuk membaharui lesen di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam tempoh dua bulan sebelum tarikh akhir lesen.

(3)

Sekiranya sesuatu permohonan untuk membaharui lesen itu diterima oleh

Ketua Pengarah selepas tamat tempoh lesen berkenaan, permohonan itu hendaklah dikira sebagai suatu permohonan lesen yang baharu.

(4)

Walau apa pun subperaturan (1), suatu lesen import dan eksport bagi binatang hidup hendaklah dibuat bagi setiap aktiviti pengimportan atau pengeksportan.

Penggantungan dan pembatalan permit, lesen dan perakuan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013