Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Ketua Pengarah boleh menggantung atau membatalkan sesuatu permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a)
pemegang permit, lesen atau perakuan melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas permit, lesen atau perakuan itu;
(b)
pemegang permit, lesen atau perakuan telah mendapatkan permit, lesen atau perakuan itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;
4
(c)
pemegang permit, lesen atau perakuan telah berhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa aktiviti yang baginya permit, lesen atau perakuan itu dikeluarkan;
(d)
telah berlaku apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh pemegang permit, lesen atau perakuan atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang permit, lesen atau perakuan itu tidak lagi berhak untuk diberikan permit, lesen atau perakuan di bawah Peraturan-Peraturan ini; atau
(e)
sekiranya agensi atau jabatan yang berkaitan telah memberikan suatu notis mengenai sesuatu wabak penyakit atau perosak tertentu di suatu negara pengeksport atau hal-hal yang lain yang berisiko;
(2)
Pemegang permit, lesen atau perakuan yang permit, lesen atau perakuannya digantung atau dibatalkan—
(a)
tidak berhak ke atas apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang dialaminya; dan
(b)
tidak berhak ke atas apa-apa bayaran balik fi yang telah dibayar.
Kehilangan permit, lesen atau perakuan