Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan Pos (Kadar Bayaran Pos) 2020.
/akn/my/act/pua/2020/44
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (KADAR BAYARAN POS) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 44 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan Pos (Kadar Bayaran Pos) 2020.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“mel bukan standard” ertinya suatu surat yang tidak memenuhi kriteria bagi mel standard yang beratnya tidak lebih daripada 2 kilogram dan memenuhi kriteria yang berikut:
bagi surat di dalam suatu sampul, tidak melebihi 600 milimeter panjang,
250 milimeter lebar dan 30 milimeter tebal; atau
bagi surat yang digulung, tidak melebihi 600 milimeter panjang dan 100 milimeter lebar;
“mel standard” ertinya suatu surat di dalam suatu sampul yang bersifat boleh lentur dan memenuhi kriteria yang berikut:
saiz: minimum: 140 milimeter (panjang) x 90 milimeter (lebar)
maksimum: 250 milimeter (panjang) x 165 milimeter (lebar)
dibuat daripada kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau mempunyai ton warna yang lembut di hadapan sampul itu;
hendaklah mengandungi nama dan alamat penerima, ditulis atau dicetak dengan dakwat gelap dan tidak bersinar;
tidak boleh dicetak timbul dan tidak boleh ada apa-apa lubang;
“MelRakyat”
ertinya suatu surat prabayar yang beratnya tidak lebih daripada 20 gram yang menggunakan kertas khas yang dikeluarkan oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat dan tidak boleh mengandungi apa-apa lampiran;
“pemegang lesen perkhidmatan sejagat” ertinya sesuatu syarikat yang telah diberikan lesen perkhidmatan sejagat di bawah perenggan 10(a) Akta;
“poskad” ertinya suatu kad yang tidak berlipat atau bersampul yang mempunyai dimensi minimum 140 milimeter panjang dan 90 milimeter lebar, dengan had perbezaan 2 milimeter dan dimensi maksimum 235 milimeter panjang dan 120 milimeter lebar dengan had perbezaan 2 milimeter.
P.U. (A) 44 4
Kadar bayaran pos bagi penyaluran di dalam Malaysia
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengenakan kadar bayaran pos yang ditetapkan dalam Jadual Pertama bagi penyaluran apa-apa mel standard, mel bukan standard, MelRakyat dan poskad di dalam Malaysia.
Dalam hal mel bukan standard yang beratnya lebih daripada 500 gram yang disalurkan melalui udara di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah atau Sarawak, pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengenakan fi pengangkutan udara sebanyak satu ringgit lima puluh sen bagi tiap-tiap 500 gram atau sebahagian daripadanya sebagai tambahan kepada kadar bayaran pos yang ditetapkan dalam
Jadual Pertama.
Kadar bayaran pos bagi penyaluran ke mana-mana negara di luar Malaysia 4.
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengenakan kadar bayaran pos yang ditetapkan dalam Jadual Kedua bagi penyaluran apa-apa mel standard, mel bukan standard dan poskad ke mana-mana negara di luar Malaysia.
Kadar bayaran pos bagi persuratan orang buta 5.
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat tidak boleh mengenakan apa-apa kadar bayaran pos bagi penyaluran apa-apa persuratan orang buta yang beratnya tidak melebihi tujuh kilogram di dalam Malaysia atau ke mana-mana negara di luar Malaysia melalui laut.
(2)
Dalam hal penyaluran melalui udara apa-apa persuratan orang buta yang beratnya tidak melebihi tujuh kilogram ke mana-mana negara di luar Malaysia—
(a)
jika jumlah bayaran pos yang dikira berdasarkan kadar bayaran pos melalui udara sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua lebih rendah atau sama dengan jumlah bayaran pos yang dikira berdasarkan kadar bayaran pos melalui laut sebagaimana yang ditetapkan dalam
Jadual Kedua, pemegang lesen perkhidmatan sejagat tidak boleh mengenakan apa-apa kadar bayaran pos; dan
P.U. (A) 44 5
(b)
jika jumlah bayaran pos yang dikira berdasarkan kadar bayaran pos melalui udara sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua lebih tinggi daripada jumlah bayaran pos yang dikira berdasarkan kadar bayaran pos melalui laut sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual
Kedua, pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengenakan perbezaan antara jumlah bayaran pos melalui udara dengan jumlah bayaran pos melalui laut sebagai kadar bayaran pos.
(3)
Bagi maksud subperaturan (1), “persuratan orang buta” ertinya—
(a)
apa-apa barang pos yang terdiri daripada apa-apa jenis kertas, terbitan berkala atau buku, yang dicetak dalam bentuk Braille atau jenis khas lain untuk kegunaan orang buta;
(b)
apa-apa surat secara bertulis yang digunakan oleh orang buta;
(c)
apa-apa plat yang mengandungi aksara bertulis yang digunakan oleh orang buta; atau
(d)
apa-apa perakam bunyi atau kertas khas yang dihasratkan hanya untuk kegunaan orang buta.
Mel berdaftar 6.
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengenakan fi sebanyak satu ringgit lapan puluh sen bagi apa-apa mel standard atau mel bukan standard untuk didaftarkan sebagai suatu mel berdaftar.
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengenakan fi perkhidmatan tambahan sebanyak lapan ringgit tujuh puluh sen bagi mana-mana mel standard berdaftar berdaftar atau mel bukan standard berdaftar bagi penyaluran ke mana-mana negara di luar Malaysia.
P.U. (A) 44 6
(3)
Jika pengirim menghendaki suatu kad pemberitahu serahan bagi mana-mana mel standard berdaftar atau mel bukan standard berdaftar, pemegang lesen perkhidmatan sejagat boleh mengenakan—
(a)
fi sebanyak satu ringgit bagi penyaluran di dalam Malaysia; atau
(b)
fi sebanyak satu ringgit lima puluh sen bagi penyaluran ke mana-mana negara di luar Malaysia.
Jika pengirim menghendaki suatu kad pemberitahu serahan bagi mana-mana mel standard berdaftar atau mel bukan standard berdaftar, bagi maksud mengira jumlah bayaran pos bagi mel itu, berat mel itu hendaklah termasuk berat kad pemberitahu serahan itu.
Perakuan mengepos 7.
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengenakan fi sebanyak enam puluh sen bagi setiap perakuan mengepos bagi setiap barang pos.
Pembatalan 8.
Kaedah-Kaedah Perkhidmatan Pos (Kadar Bayaran Pos) 2010 [P.U. (A) 225/2010]
dibatalkan.
P.U. (A) 44 7
JADUAL PERTAMA
(Peraturan 3)
KADAR BAYARAN POS BAGI PENYALURAN DI DALAM MALAYSIA
NO.
KATEGORI
BERAT
1.
Mel standard
(pengguna komersial*)
Sehingga 20 gram 1.30
Lebih 20 gram sehingga 50 gram 1.40
Mel standard
(pengguna bukan komersial**)
Sehingga 20 gram 0.60
Lebih 20 gram sehingga 50 gram 0.70 2.
Mel bukan standard
(pengguna komersial*)
Sehingga 50 gram 1.50
Lebih 50 gram sehingga 100 gram 1.70
Lebih 100 gram sehingga 250 gram 1.90
Lebih 250 sehingga 500 gram 3.00
Lebih 500 gram sehingga 1 kilogram 4.50
Lebih 1 kilogram sehingga 2 kilogram 6.00
Mel bukan standard
(pengguna bukan komersial**)
Sehingga 50 gram 0.80
Lebih 50 gram sehingga 100 gram 0.90
Lebih 100 gram sehingga 250 gram 1.00
P.U. (A) 44 8
Lebih 250 gram sehingga 500 gram 2.00
Lebih 500 gram sehingga 1 kilogram 3.50
Lebih 1 kilogram sehingga 2 kilogram 5.50 3.
MelRakyat
Sehingga 20 gram
Tiada 4.
Poskad
(bagi pengguna bukan komersial sahaja)
Setiap satu 0.30
*pengguna komersial ertinya Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri, badan berkanun, pertubuhan perbadanan, syarikat, perniagaan perkongsian, perniagaan tunggal, institusi kewangan, pertubuhan, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan, kesatuan sekerja atau koperasi.
**pengguna bukan komersial ertinya mana-mana pengguna selain pengguna komersial.
P.U. (A) 44 9
JADUAL KEDUA
(Peraturan 4)
KADAR BAYARAN POS BAGI PENYALURAN KE MANA-MANA NEGARA
DI LUAR MALAYSIA
1.
Mel standard dan mel bukan standard melalui udara
BAGI 20 GRAM PERTAMA BAGI TIAP-TIAP TAMBAHAN
10 GRAM ATAU
SEBAHAGIAN
DARIPADANYA
Negara-negara ASEAN
2.50 1.20
Negara-negara di Asia Pasifik tidak termasuk negara-negara ASEAN
3.80 1.40
Negara-negara lain 4.80 1.60
2.
Mel standard dan mel bukan standard melalui laut
BAGI 50 GRAM PERTAMA BAGI TIAP-TIAP TAMBAHAN
50 GRAM ATAU
SEBAHAGIAN
DARIPADANYA
Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos,
Myanmar, Thailand dan Vietnam 4.50 4.20
Negara-negara di Asia Pasifik tidak termasuk Filipina, Indonesia,
4.70 4.30
P.U. (A) 44 10
Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam
Negara-negara lain 5.00 4.50
3.
Poskad melalui udara atau melalui laut
Dibuat 28 Januari 2020
[KKMM/PUU 800-1/4; KKMM.BPK(S)600-4/2/4JLD.2(44); PN(PU2)501/IV]
Semua negara 0.90
GOBIND SINGH DEO
Menteri Komunikasi dan Multimedia
P.U. (A) 44 11
POSTAL SERVICES ACT 2012
POSTAL SERVICES (POSTAGE RATES) REGULATIONS 2020
IN exercise of the powers conferred by section 37 and paragraph 100(g)
of the Postal Services Act 2012 [Act 741], the Minister, on the recommendation of the
Commission, makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
These regulations may be cited as the Postal Services (Postage Rates)
Regulations 2020.
These Regulations come into operation on 1 February 2020.
Interpretation 2.
In these Regulations, unless the context otherwise requires—
“non-standard mail” means a letter that does not fulfill the criteria for standard mail weighing not more than 2 kilograms and fulfills the following criteria:
(a)
for a letter in an envelope, does not exceed 600 millimetres in length,
250 millimetres in width and 30 millimetres in thickness; or
(b)
for a letter which is rolled, does not exceed 600 millimetres in length and 100 millimetres in width;
“standard mail” means a letter in an envelope which is flexible in nature and fulfills the following criteria:
(a)
weight: maximum up to 50 grams
(b)
size: minimum: 140 millimetres (length) x 90 millimetres (width)
maximum: 250 millimetres (length) x 165millimetres (width)
P.U. (A) 44 12
(c)
thickness: minimum: 0.25 millimetres maximum: 6.00 millimetres
(d)
envelope with the following characteristics:
(i)
made of paper which is non-glossy and white in colour or has a soft colour tone at the front of the envelope;
shall contain the name and address of the recipient, written or printed in dark and non-luminous ink;
may contain the sender's name, address, logo or advertisement;
shall be completely sealed; and
(v)
shall not be embossed and shall not have any hole;
“MelRakyat” means a prepaid letter weighing not more than 20 grams using a special paper issued by a universal service licensee and shall not contain any attachment;
“universal service licensee” means a company that has been granted a universal service licence under paragraph 10(a) of the Act;
“postcard” means a card that is neither folded nor enveloped with a minimum dimension of 140 millimetres in length and 90 millimetres in width, with a tolerance of 2 millimetres and a maximum dimension of 235 millimetres in length and 120 millimetres in width with a tolerance of 2 millimetres.
Postage rates for transmission within Malaysia 3.
A universal service licensee shall charge the postage rates prescribed in the First Schedule for the transmission of any standard mail, non-standard mail,
MelRakyat and postcard within Malaysia.
P.U. (A) 44 13
In the case of a non-standard mail weighing more than 500 grams which is transmitted by air between Peninsular Malaysia and Sabah or Sarawak, a universal service licensee shall charge an air transport fee of one ringgit and fifty cents for every 500 grams or part thereof in addition to the postage rates prescribed in the First Schedule.
Postage rates for transmission to any country outside Malaysia 4.
A universal service licensee shall charge the postage rates prescribed in the Second
Schedule for the transmission of any standard mail, non-standard mail and postcard to any country outside Malaysia.
Postage rates for blind literature 5.
(1)
A universal service licensee shall not charge any postage rates for the transmission of any blind literature weighing not exceeding seven kilograms within
Malaysia or to any country outside Malaysia by sea.
(2)
In the case of transmission by air of any blind literature weighing not exceeding seven kilograms to any country outside Malaysia—
(a)
if the total postage calculated based on the postage rates by air as prescribed in the Second Schedule is lower than or equal to the total postage calculated based on the postage rates by sea as prescribed in the
Second Schedule, a universal service licensee shall not charge any postage rate; and
(b)
if the total postage calculated based on the postage rates by air as prescribed in the Second Schedule is higher than the total postage calculated based on the postage rates by sea as prescribed in the
Second Schedule, a universal service licensee shall charge the difference between the total postage by air and the total postage by sea as the postage rates.
P.U. (A) 44 14
(3)
For the purpose of subregulation (1), “blind literature” means—
(a)
any postal article consisting of papers of any kind, periodicals or books, impressed in Braille or other special type for the use of the blind;
(b)
any letter in writing used by the blind;
(c)
any plate bearing the characters of writing used by the blind; or
(d)
any sound records or special paper intended solely for the use of the blind.
Registered mail 6.
A universal service licensee shall charge a fee of one ringgit and eighty cents for any standard mail or non-standard mail to be registered as a registered mail.
A universal service licensee shall charge an additional service fee of eight ringgit and seventy cents for any registered standard mail or non-standard mail for transmission to any country outside Malaysia.
If a sender requires an advice of delivery card for any registered standard mail or non-standard mail, a universal service licensee may charge—
(a)
a fee of one ringgit for transmission within Malaysia; or
(b)
a fee of one ringgit and fifty cents for transmission to any country outside
Malaysia.
If a sender requires an advice delivery card for any registered standard mail or non-standard mail, for the purpose of calculating the total postage for the mail, the weight of the mail shall include the weight of the advice of delivery card.
P.U. (A) 44 15
Certificate of posting 7.
A universal service licensee shall charge a fee of sixty cents for each certificate of posting for each postal article.
Revocation 8.
The Postal Services (Postage Rates) Rules 2010 [P.U. (A) 225/2010] are revoked.
P.U. (A) 44 16
FIRST SCHEDULE
(Regulation 3)
POSTAGE RATES FOR TRANSMISSION WITHIN MALAYSIA
NO.
CATEGORY
WEIGHT
1.
Standard mail
(commercial consumer*)
Up to 20 grams 1.30
Above 20 grams up to 50 grams 1.40
Standard mail
(non-commercial consumer**)
Up to 20 grams 0.60
Above 20 grams up to 50 grams 0.70 2.
Non-standard mail
(commercial consumer*)
Up to 50 grams 1.50
Above 50 grams up to 100 grams 1.70
Above 100 grams up to 250 grams 1.90
Above 250 grams up to 500 grams 3.00
Above 500 grams up to 1 kilogram 4.50
Above 1 kilogram up to 2 kilograms 6.00
Non-standard mail
(non-commercial consumer**)
Up to 50 grams 0.80
Above 50 grams up to 100 grams 0.90
P.U. (A) 44 17
Above 100 grams up to 250 grams 1.00
Above 250 grams up to 500 grams 2.00
Above 500 grams up to 1 kilogram 3.50
Above 1 kilogram up to 2 kilograms 5.50 3.
MelRakyat
Up to 20 grams
Nil 4.
Postcard
(for non-commercial consumer only)
Each one 0.30
* commercial consumer means the Federal Government, any State Government, statutory body, body corporate, company, partnership, sole-proprietorship, financial institution, society, non-governmental organisation, educational institution, trade union or co-operative society.
** non-commercial consumer means any consumer other than commercial consumer.
P.U. (A) 44 18
SECOND SCHEDULE
(Regulation 4)
POSTAGE RATES FOR TRANSMISSION TO ANY COUNTRY OUTSIDE MALAYSIA
1.
Standard mail and non-standard mail by air
FIRST 20 GRAMS
FOR EVERY ADDITIONAL
10 GRAMS OR PART
THEREOF
ASEAN countries 2.50 1.20
Countries in Asia Pacific excluding
ASEAN countries 3.80 1.40
Other countries 4.80 1.60
2.
Standard mail and non-standard mail by sea
FIRST 50 GRAMS
FOR EVERY ADDITIONAL
50 GRAMS OR PART
THEREOF
Philippines, Indonesia, Cambodia,
Laos, Myanmar, Thailand and Vietnam 4.50 4.20
Countries in Asia Pacific excluding
Philippines, Indonesia, Cambodia,
Laos, Myanmar, Thailand and Vietnam 4.70
4.30
Other countries 5.00 4.50
P.U. (A) 44 19
3.
Postcard by air or by sea
Made 28 January 2020
[KKMM/PUU 800-1/4; KKMM.BPK(S)600-4/2/4JLD.2(44); PN(PU2)501/IV]
All countries 0.90
GOBIND SINGH DEO
Minister of Communications and Multimedia