Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (KADAR BAYARAN POS) 2020

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“mel bukan standard” ertinya suatu surat yang tidak memenuhi kriteria bagi mel standard yang beratnya tidak lebih daripada 2 kilogram dan memenuhi kriteria yang berikut:

(a)

bagi surat di dalam suatu sampul, tidak melebihi 600 milimeter panjang,

250 milimeter lebar dan 30 milimeter tebal; atau

(b)

bagi surat yang digulung, tidak melebihi 600 milimeter panjang dan 100 milimeter lebar;

“mel standard” ertinya suatu surat di dalam suatu sampul yang bersifat boleh lentur dan memenuhi kriteria yang berikut:

(a)

berat: maksimum sehingga 50 gram

P.U. (A) 44 3

(b)

saiz: minimum: 140 milimeter (panjang) x 90 milimeter (lebar)

maksimum: 250 milimeter (panjang) x 165 milimeter (lebar)

(c)

tebal: minimum: 0.25 milimeter maksimum: 6.00 milimeter

(d)

sampul dengan ciri-ciri yang berikut:

(i)

dibuat daripada kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau mempunyai ton warna yang lembut di hadapan sampul itu;

(ii)

hendaklah mengandungi nama dan alamat penerima, ditulis atau dicetak dengan dakwat gelap dan tidak bersinar;

(iii)

boleh mengandungi nama, alamat, logo atau iklan pengirim;

(iv)

hendaklah dilekatkan sepenuhnya; dan

(v)

tidak boleh dicetak timbul dan tidak boleh ada apa-apa lubang;

“MelRakyat”

ertinya suatu surat prabayar yang beratnya tidak lebih daripada 20 gram yang menggunakan kertas khas yang dikeluarkan oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat dan tidak boleh mengandungi apa-apa lampiran;

“pemegang lesen perkhidmatan sejagat” ertinya sesuatu syarikat yang telah diberikan lesen perkhidmatan sejagat di bawah perenggan 10(a) Akta;

“poskad” ertinya suatu kad yang tidak berlipat atau bersampul yang mempunyai dimensi minimum 140 milimeter panjang dan 90 milimeter lebar, dengan had perbezaan 2 milimeter dan dimensi maksimum 235 milimeter panjang dan 120 milimeter lebar dengan had perbezaan 2 milimeter.

P.U. (A) 44 4

Kadar bayaran pos bagi penyaluran di dalam Malaysia

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (KADAR BAYARAN POS) 2020