Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (KADAR BAYARAN POS) 2020
Seksyen 3
(1)
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengenakan kadar bayaran pos yang ditetapkan dalam Jadual Pertama bagi penyaluran apa-apa mel standard, mel bukan standard, MelRakyat dan poskad di dalam Malaysia.
(2)
Dalam hal mel bukan standard yang beratnya lebih daripada 500 gram yang disalurkan melalui udara di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah atau Sarawak, pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengenakan fi pengangkutan udara sebanyak satu ringgit lima puluh sen bagi tiap-tiap 500 gram atau sebahagian daripadanya sebagai tambahan kepada kadar bayaran pos yang ditetapkan dalam