Skip to content

Seksyen 10

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah—

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Pos (Perkhidmatan Sejagat) 2015

P.U. (A)In forceProvision 10 of 14
Seksyen 10

(a)

mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan keselamatan barang pos dan poskad semasa proses penyaluran barang pos dan poskad;

P.U. (A) 77 10

(b)

melaksanakan langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi kemudahan rangkaian pos, pekerja dan pengguna perkhidmatan pos; dan

(c)

mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan pekerja, kontraktor dan ejen pos adalah berkelayakan dan sesuai untuk menjalankan perkhidmatan sejagat.