Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2015
Seksyen 3
Perkhidmatan pos asas
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah membekalkan perkhidmatan pos asas seperti yang berikut:
(a)
pungutan, penyaluran dan penyerahan surat dan poskad dengan berat yang kurang daripada dua kilogram setiap surat dan setiap poskad, melalui pos biasa di dalam Malaysia;
P.U. (A) 77 4
(b)
pungutan, penyaluran dan penyerahan bungkusan dengan berat yang kurang daripada dua puluh kilogram setiap bungkusan, melalui pos biasa di dalam Malaysia;
(c)
pungutan dan penyaluran surat, poskad dan bungkusan, melalui pos biasa ke mana-mana tempat di luar Malaysia; dan
(d)
pungutan, penyaluran dan penyerahan surat dan bungkusan, melalui pos berdaftar.
Kekerapan perkhidmatan serahan dan pungutan