Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2015
Seksyen 4
(1)
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah menyediakan perkhidmatan serahan dan pungutan bagi perkhidmatan pos asas yang disebut dalam peraturan 3 dengan kekerapan seperti yang berikut:
(a)
minimum satu serahan pada setiap hari bekerja; dan
(b)
minimum satu pungutan pada setiap hari bekerja dari tempat akses.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengambil langkah untuk menyediakan perkhidmatan serahan dan pungutan pada kekerapan yang munasabah di mana-mana kawasan atau kepada mana-mana pengguna jika—
(a)
kesihatan dan keselamatan kepada pekerja, ejen atau kontraktor pemegang lesen perkhidmatan sejagat akan terjejas dalam menyediakan perkhidmatan itu;
P.U. (A) 77 5
(b)
akses terhad atau sukar disebabkan oleh—
(i)
perkhidmatan feri, bot atau udara yang terhad ke kawasan itu;
(ii)
tiada jalan yang boleh direntasi untuk mengakses kawasan itu; atau
(iii)
apa-apa sebab lain yang di luar kawalan pihak pemegang lesen perkhidmatan sejagat;
(c)
pelanggan telah meminta serahan dibuat dengan perkiraan yang lain;
(d)
disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pihak berkuasa, perkhidmatan serahan dan pungutan tidak dapat disediakan;
(e)
disebabkan oleh apa-apa alasan lain yang di luar kawalan pemegang lesen perkhidmatan sejagat, perkhidmatan serahan dan pungutan tidak dapat disediakan; atau
(f)
disebabkan oleh akses yang minimum kepada perkhidmatan sejagat di kawasan luar bandar oleh pengguna.
Pejabat pos