Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2015

Seksyen 5

(1)

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah menyediakan dan menyelenggara sekurang-kurangnya satu ribu pejabat pos di seluruh negara yang terdiri daripada pejabat pos tetap atau bergerak.

P.U. (A) 77 6

(2)

Bagi maksud pengiraan bilangan pejabat pos bergerak di bawah subperaturan (1), setiap kawasan yang diberi khidmat dengan satu pejabat pos bergerak hendaklah dikira sebagai satu pejabat pos bergerak.

(3)

Lokasi pejabat pos tetap dan kawasan yang diberi khidmat oleh pejabat pos bergerak di seluruh negara hendaklah ditentukan oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat berdasarkan keperluan pelanggan di kawasan bandar dan luar bandar.

(4)

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat yang melanggar subperaturan (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.

(5)

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah, berhubung dengan pejabat pos yang disediakan dan disenggara oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat

(a)

memastikan pejabat pos beroperasi pada setiap hari bekerja kecuali pejabat pos di luar bandar;

(b)

menentukan waktu perniagaan pejabat pos;

(c)

memaparkan waktu perniagaan pejabat pos kepada pengguna di tempat yang mudah dilihat di pejabat pos itu;

(d)

memastikan pejabat pos boleh diakses kepada pengguna mengikut waktu perniagaan yang dipaparkan; dan

(e)

mendapatkan kelulusan bertulis daripada

Suruhanjaya dan memberikan notis yang mencukupi kepada pengguna jika pemegang lesen perkhidmatan sejagat berhasrat untuk menutup secara sementara atau kekal atau menukar lokasi mana-mana pejabat pos.

P.U. (A) 77 7

Peti pos

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2015