Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2015

Seksyen 7

(1)

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengemukakan suatu pelan induk perkhidmatan sejagat bagi kawasan luar bandar kepada Suruhanjaya untuk kelulusannya dalam tempoh dua belas bulan selepas pemegang lesen perkhidmatan sejagat diberikan lesen perkhidmatan sejagat.

(2)

Pelan induk perkhidmatan sejagat luar bandar hendaklah mengandungi perkara yang berikut:

(a)

definisi dan kriteria kawasan luar bandar khususnya bagi maksud penyediaan perkhidmatan sejagat;

(b)

suatu senarai laluan serahan luar bandar;

(c)

suatu senarai pejabat pos luar bandar;

(d)

dapatan mengenai keperluan perkhidmatan sejagat pengguna di luar bandar;

(e)

kekerapan perkhidmatan serahan dan pungutan di luar bandar;

dan

(f)

apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

P.U. (A) 77 8

(3)

Suruhanjaya boleh meluluskan pelan induk perkhidmatan sejagat bagi kawasan luar bandar jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa pelan induk perkhidmatan sejagat itu mengandungi semua perkara yang disebut dalam subperaturan (2).

(4)

Jika Suruhanjaya meluluskan pelan induk perkhidmatan sejagat bagi kawasan luar bandar di bawah subperaturan (3), pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah melaksanakan pelan induk perkhidmatan sejagat bagi kawasan luar bandar itu.

(5)

Suruhanjaya boleh mengarahkan pemegang lesen perkhidmatan sejagat untuk mengkaji semula pelan induk perkhidmatan sejagat bagi kawasan luar bandar dalam tempoh lima tahun dari tarikh kelulusannya.

Standard perkhidmatan bagi perkhidmatan pos asas

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2015