Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2015

Seksyen 8

(1)

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mematuhi standard perkhidmatan bagi perkhidmatan pos asas di dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Pematuhan kepada standard perkhidmatan bagi perkhidmatan pos asas di dalam Malaysia oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah dinilai secara tahunan oleh auditor yang berkelayakan yang dilantik oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat.

(3)

Auditor yang berkelayakan hendaklah melengkapkan laporan penilaian dalam masa yang munasabah dan mengemukakan laporan penilaian yang lengkap kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(4)

Suruhanjaya hendaklah membuat dapatan berdasarkan laporan penilaian untuk menentukan sama ada pemegang lesen perkhidmatan sejagat telah mematuhi standard perkhidmatan.

P.U. (A) 77 9

(5)

Jika pemegang lesen perkhidmatan sejagat gagal mematuhi standard perkhidmatan, pemegang lesen perkhidmatan hendaklah mengemukakan suatu pelan penambahbaikan perkhidmatan kepada Suruhanjaya untuk kelulusan dalam tempoh tiga puluh hari selepas dimaklumkan oleh Suruhanjaya mengenai ketidakpatuhan tersebut.

(6)

Pemegang lesen sejagat hendaklah melaksanakan pelan penambahbaikan perkhidmatan yang diluluskan oleh Suruhanjaya.

(7)

Pemegang lesen perkhidmatan sejagat yang gagal mematuhi subperaturan (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.

Hak eksklusif untuk menyalurkan surat di bawah lima ratus gram

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2015