Skip to content

Seksyen 10

of Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

P.U. (A)In forceProvision 10 of 12

Seksyen 10

(1)

Tanpa menjejaskan seksyen 50 Akta dan jika dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk menyediakan afidavit atau akuan berkanun, afidavit atau akuan berkanun yang diangkat sumpah atau dibuat akuan bagi pihak perkongsian liabiliti terhad hendaklah diangkat sumpah atau dibuat akuan oleh pegawai pematuhan atau pekongsi atau perkongsian liabiliti terhad.

P.U. (A) 462 8

(2)

Jika afidavit atau akuan berkanun yang berupa sebagai diangkat sumpah atau dibuat akuan di suatu tempat di luar Malaysia, afidavit atau akuan berkanun itu hendaklah mencukupi bagi maksud Akta jika ia berupa sebagai diangkat sumpah atau dibuat akuan menurut undang-undang tempat itu.