Seksyen 11
Rayuan kepada Menteri
of Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
P.U. (A)In forceProvision 11 of 12
Seksyen 11
(1)
Mana-mana orang yang terkilan yang berniat untuk membuat rayuan kepada Menteri di bawah Akta hendaklah menyerah simpan rayuan dengan Menteri melalui Pendaftar melalui sistem pemfailan elektronik atau cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pendaftar dan menyatakan alasan rayuan itu.
(2)
Pendaftar hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengemukakan suatu salinan notis rayuan bersama-sama dengan alasan rayuan yang dinyatakan di dalamnya kepada Menteri.