Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012

Seksyen 4

Fi dan penalti pentadbiran

(1)

Fi yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah dibayar kepada Pendaftar mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Pendaftar.

P.U. (A) 462 5

(2)

Fi berkenaan dengan penyerahsimpanan dokumen mengikut peraturan 3

hendaklah dibayar pada masa dokumen diserah simpan, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Pendaftar.

(3)

Apa-apa kegagalan untuk membayar fi yang disebut dalam subperaturan

(3)

akan menyebabkan penyerahsimpanan menjadi batal.

(4)

Jika mana-mana orang tidak mematuhi had masa yang dinyatakan dalam

Akta bagi penyerahsimpanan dokumen, Pendaftar boleh mengenakan penalti pentadbiran menurut perenggan 78(2)(b) Akta.

(5)

Fi berkenaan dengan penarikan balik apa-apa permohonan atau rayuan yang dibuat di bawah Akta tidak boleh dibayar balik.

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD 2012