Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Borang yang disediakan oleh Pendaftar dalam sistem pemfailan elektronik menurut peraturan 3 hendaklah dilengkapkan dan diserah simpan mengikut arahan sebagaimana yang dinyatakan dalam borang atau sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
(2)
Jika penyerahsimpanan apa-apa dokumen menggunakan sistem pemfailan elektronik adalah tidak praktik atau tidak mungkin, Pendaftar boleh membenarkan dokumen itu diserah simpan mengikut cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut.
(3)
Pendaftar boleh mengeluarkan borang lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud Akta.
P.U. (A) 462 6
(4)
Pendaftar boleh membuat apa-apa pindaan kepada mana-mana borang bagi maksud memudahkan permohonan atau penyerahsimpanan apa-apa dokumen yang dikehendaki di bawah Akta.
Obligasi pegawai pematuhan