Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Jika apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk diserah simpan dengan
Pendaftar oleh pekongsi atau perkongsian liabiliti terhad, ia hendaklah diserah simpan oleh pegawai pematuhan perkongsian liabiliti terhad bagi pihak pekongsi atau perkongsian liabiliti terhad, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Jika perkongsian liabiliti terhad telah melantik lebih daripada seorang pegawai pematuhan, hanya seorang daripada mereka hendaklah dinamakan bagi maksud penyerahsimpanan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
(3)
Bagi maksud penyerahsimpanan borang yang menghendakinya disertakan dengan dokumen, pegawai pematuhan hendaklah memastikan bahawa dokumen itu adalah teratur dan disempurnakan dengan betul.
(4)
Pegawai pematuhan hendaklah menyimpan suatu salinan dokumen yang dikehendaki untuk diserah simpan dengan apa-apa borang di pejabat berdaftar perkongsian liabiliti terhad itu.
Masa untuk penyerahsimpanan dokumen