Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Terjemahan
(1)
Jika perkongsian liabiliti terhad adalah dikehendaki di bawah Akta untuk menyerah simpan dengan Pendaftar apa-apa instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen atau salinan terperaku instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen itu tetapi instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen atau salinan terperaku instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen itu tidak ditulis sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah pada masa yang sama menyerah simpan dengan Pendaftar suatu terjemahan instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen atau salinan terperaku instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.
(2)
Pendaftar boleh, sebelum menerima terjemahan di bawah subperaturan
(1)
, menghendaki perkongsian liabiliti terhad itu untuk memberikan kepada Pendaftar keterangan sebagaimana yang Pendaftar fikirkan mencukupi mengenai kebolehan orang yang membuat terjemahan itu.
(3)
Perkongsian liabiliti terhad hendaklah menyimpan terjemahan itu dengan instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen atau salinan terperaku instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen itu yang asal selama mana instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen atau salinan terperaku instrumen, perakuan, kontrak atau dokumen itu yang asal dikehendaki untuk disimpan di bawah Akta.