Seksyen 23
Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa―
of Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Pengurusan Sisa Radioaktif) 2011
(a)
bahan dan binaan bekas penyimpanan sisa radioaktif hendaklah menjamin keutuhan bungkusan sisa radioaktif dikekalkan sepanjang tempoh simpanan yang dijangkakan;
(b)
jenis sisa radioaktif seperti kaca atau benda tajam disimpan dalam bekas luaran yang mempunyai pelapik dalaman kalis tusukan;
(c)
jika sisa radioaktif boleh mengakis atau sepai di dalam bekas atau jika penyimpanan berkemungkinan berpanjangan, satu pelapik yang sesuai digunakan bagi mengekalkan keutuhan kandungan sepanjang tempoh simpanan yang dijangkakan;
(d)
sumber terkedap terpakai disimpan dalam pemerisaian terdekat di dalam bekas untuk mengurangkan dedahan dan membantu pengendalian pada masa hadapan; dan
(e)
permukaan dalaman dan luaran semua bekas telah diperiksa pencemarannya setiap kali sebelum bekas digunakan atau digunakan semula.
P.U. (A) 274 19