Malaysia legislation
Section 25
of PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011
Seksyen 25
(1)
Mana-mana orang yang memohon lesen yang berhubungan dengan pengurusan sisa radioaktif hendaklah mengemukakan suatu program jaminan kualiti bertulis yang setara dengan skala pengendalian yang dirancang kepada Lembaga untuk kelulusan.
(2)
Pemegang lesen hendaklah membuktikan cara pematuhan yang dirancangkan mengikut semua kehendak termasuklah perlaksanaan program jaminan kualiti yang dikemukakan berkenaan dengan sisa radioaktif yang dikenakan kepada pemegang lesen oleh Peraturan-Peraturan ini.
(3)
Pemegang lesen hendaklah, apabila diminta oleh Lembaga mengemukakan laporan mengenai keberkesanan program jaminan kualiti berkenaan dengan kegiatan pengurusan sisa radioaktif untuk menunjukkan bahawa pemegang lesen sentiasa memenuhi semua kehendak Peraturan-Peraturan ini.
P.U. (A) 274 20