Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011

Seksyen 5

Pemegang lesen hendaklah bertanggungjawab kepada pengurusan sisa radioaktif yang selamat dan hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk―

(a)

memastikan bahawa sisa radioaktif dilupuskan dalam masa satu tahun daripada pengeluarannya;

(b)

memastikan perlindungan yang mencukupi terhadap pekerja, orang awam dan persekitaran;

(c)

memastikan bahawa kakitangan, peralatan, kemudahan, latihan dan prosedur kendalian yang sesuai disediakan untuk melaksanakan langkah pengurusan sisa radioaktif yang selamat;

(d)

menjalankan penilaian keselamatan dan impak persekitaran;

(e)

mewujudkan dan menjalankan program jaminan kualiti bagi sisa radioaktif yang terjana atau pemprosesan, penyimpanan dan pelupusan sisa radioaktif;

(f)

mewujudkan dan menyimpan rekod maklumat yang berkenaan dengan penjanaan, pemprosesan, penyimpanan dan pelupusan sisa radioaktif termasuklah inventori sisa radioaktif;

(g)

menyediakan pengawasan dan kawalan sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga;

(h)

mengumpul, menganalisis dan jika berkenaan, berkongsi pengalaman pengendalian untuk memastikan keselamatan yang berterusan; dan

P.U. (A) 274 10

(i)

mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011