Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011
Seksyen 7
Pegawai Pengurusan Sisa Radioaktif hendaklah bertanggungjawab bagi―
(a)
memastikan bahawa semua peringkat pengurusan sisa radioaktif dijalankan mengikut tatacara keselamatan bertulis;
(b)
mewujudkan dan menyenggara suatu sistem penyimpanan rekod terperinci bagi semua peringkat pengurusan sisa radioaktif termasuklah inventori sisa radioaktif yang disimpan;
P.U. (A) 274 11
(c)
mendapatkan kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada
Lembaga untuk mengangkut sisa radioaktif keluar dari premis pemegang lesen;
(d)
memastikan pemerisaian perlabelan, keselamatan fizikal dan keutuhan bungkusan sisa radioaktif adalah sesuai;
(e)
memastikan bahawa buangan efluen dijalankan mengikut aras pembersihan atau had yang dibenarkan sebagaimana yang terkandung dalam lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga;
(f)
memastikan bahawa pelepasan atau pelupusan sisa radioaktif pepejal dibuat mengikut aras pembersihan atau had yang dibenarkan sebagaimana yang terkandung dalam lesen yang dikeluarkan oleh
Lembaga;
(g)
melaporkan kemalangan dan amalan pengurusan sisa radioaktif yang tidak sesuai kepada pemegang lesen;
(h)
memastikan pengetahuan terkini mengenai pilihan ciri-ciri buangan dan pelupusan; dan
(i)
mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.