Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2013

Seksyen 3

(1)

Seorang pengguna data hendaklah memperoleh persetujuan daripada seorang subjek data berhubung dengan pemprosesan data peribadi dalam apa-apa bentuk yang persetujuan itu boleh direkodkan dan disenggarakan dengan sewajarnya oleh pengguna data itu.

(2)

Sekiranya bentuk persetujuan dalam subperaturan (1) yang diberikan melibatkan juga perkara lain, kehendak untuk memperoleh persetujuan hendaklah dikemukakan secara berbeza dalam pengemukaaannya daripada perkara lain itu.

(3)

Seorang pengguna data hendaklah mendapatkan persetujuan yang disebut dalam subperaturan (1) daripada ibu bapa, penjaga atau seseorang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap subjek data, sekiranya subjek data itu berumur bawah lapan belas tahun.

(4)

Seorang pengguna data hendaklah mendapatkan persetujuan yang disebut dalam subperaturan (1) daripada seseorang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal-ehwal subjek data atau seseorang yang diberikan kuasa secara bertulis oleh subjek data untuk bertindak bagi pihaknya sekiranya subjek data itu tidak berupaya untuk menguruskan hal-ehwalnya sendiri.

(5)

Beban pembuktian bagi persetujuan yang disebut dalam subperaturan (1)

hendaklah terletak pada pengguna data.

P.U. (A) 335 6

Prinsip Notis dan Pilihan

Perincian tentang pengguna data