Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENDAFTARAN PENGGUNA DATA) 2013
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“dokumen konstituen” berhubung dengan suatu badan yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, ertinya statut, piagam, memorandum persatuan, perkara persatuan, kaedah-kaedah, undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau surat cara lain, yang di bawahnya atau dengannya badan itu diperbadankan atau ditubuhkan, dan struktur pengelolaan dan pentadbirannya dan skop fungsi, urusan, kuasa dan kewajipannya yang dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih; dan
“pengguna data” ertinya seseorang pengguna data yang berada dalam golongan pengguna data yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 14(1)
Akta.
P.U. (A) 337 4