Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENDAFTARAN PENGGUNA DATA) 2013

Seksyen 6

(1)

Seseorang pengguna data hendaklah memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengenai apa-apa perubahan kepada butiran dalam perakuan pendaftarannya.

(2)

Pemberitahuan yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah disertai dengan apa-apa dokumen sokongan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

(3)

Pengguna data itu hendaklah, menyerahkan perakuan pendaftarannya kepada Pesuruhjaya bagi pindaan dibuat kepada butiran dalam perakuan pendaftaran itu.

(4)

Pesuruhjaya hendaklah meminda butiran dalam perakuan pendaftaran setelah menerima pemberitahuan dan perakuan pendaftaran di bawah subperaturan (1) dan (3).

(5)

Seseorang pengguna data yang tidak memberitahu Pesuruhjaya mengenai apa-apa perubahan kepada butiran dalam perakuan pendaftarannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penggantian perakuan pendaftaran

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENDAFTARAN PENGGUNA DATA) 2013