Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENDAFTARAN PENGGUNA DATA) 2013
Seksyen 7
(1)
Seseorang pengguna data boleh memohon secara bertulis kepada
Pesuruhjaya bagi suatu penggantian perakuan pendaftaran jika perakuan pendaftaran itu hilang atau rosak.
P.U. (A) 337 6
(2)
Suatu permohonan bagi penggantian perakuan pendaftaran di bawah subperaturan (1) hendaklah disertai dengan—
(a)
fi penggantian perakuan pendaftaran yang dinyatakan dalam
Jadual; dan
(b)
suatu akuan berkanun yang dibuat oleh pengguna data yang menyatakan bahawa perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya hilang atau rosak.
(3)
Pesuruhjaya boleh mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran gantian kepada pengguna data jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa perakuan pendaftaran yang asal hilang atau rosak.
(4)
Pesuruhjaya boleh menghendaki pengguna data untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebelum mengeluarkan perakuan pendaftaran gantian di bawah subperaturan (3).
(5)
Suatu perakuan pendaftaran yang digantikan di bawah subperaturan (3)
mempunyai kesan yang sama dengan perakuan pendaftaran yang asal.
Mempamerkan perakuan pendaftaran dan maklumat lain