Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PENDAFTARAN PENGGUNA DATA) 2013
Seksyen 8
(1)
Pengguna data hendaklah mempamerkan perakuan pendaftaran dan apa-apa pindaan kepada perakuan pendaftaran, jika ada, di tempat yang mudah dilihat di tempat utama perniagaan dan suatu salinan terperaku perakuan pendaftaran bagi setiap cawangan, jika berkenaan.
(2)
Walau apapun subperaturan
(1)
, pengguna data hendaklah mempamerkan apa-apa maklumat lain dalam apa-apa cara yang dikehendaki oleh
Pesuruhjaya dari semasa ke semasa.
P.U. (A) 337 7
(3)
Seseorang pengguna data yang melanggar subperaturan (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Salinan terperaku perakuan pendaftaran