Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (TRIBUNAL RAYUAN) 2021

Seksyen 3

(1)

Mana-mana orang boleh membuat suatu permohonan kepada

Tribunal Rayuan melalui suatu notis rayuan dalam Borang A Jadual Pertama dan disertakan dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(2)

Permohonan kepada Tribunal Rayuan itu hendaklah disertakan dengan—

(a)

keputusan

Pesuruhjaya atau notis penguatkuasaan yang disampaikan kepada pengguna data oleh Pesuruhjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

suatu surat pelantikan peguam bela, jika ada, untuk mewakili perayu.

(3)

Permohonan itu hendaklah difailkan kepada Tribunal Rayuan—

(a)

dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan Pesuruhjaya; atau

(b)

dalam hal suatu notis penguatkuasaan, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis penguatkuasaan itu kepada pengguna data.

(4)

Notis rayuan itu hendaklah difailkan dalam—

(a)

satu salinan bagi Tribunal Rayuan;

(b)

satu salinan untuk disampaikan kepada Pesuruhjaya;

(c)

satu salinan untuk disampaikan kepada setiap pihak kepada rayuan; dan

P.U. (A) 168 6

(d)

satu salinan bagi perayu.

Notis rayuan hendaklah ditandatangani dan dimeterai

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (TRIBUNAL RAYUAN) 2021