Malaysia legislation
Section 6
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (TRIBUNAL RAYUAN) 2021
Seksyen 6
(1)
Selepas butir-butir notis rayuan yang disebut dalam peraturan 5
dimasukkan, Setiausaha hendaklah menyimpan satu salinan notis rayuan yang telah ditandatangani dan dimeterai dan hendaklah menyebabkan salinan lain notis rayuan yang telah ditandatangani dan dimeterai itu dikembalikan kepada perayu.
(2)
Apabila notis rayuan di bawah subperaturan
(1)
diterima, perayu hendaklah dalam masa empat belas hari menyampaikan notis rayuan itu kepada
Pesuruhjaya dan mana-mana pihak lain kepada rayuan.
(3)
Perayu hendaklah memfailkan bukti penyampaian notis rayuan di bawah subperaturan (2) kepada Setiausaha dalam Borang B Jadual Pertama.
P.U. (A) 168 7
Penyerahan dokumen