Seksyen 7
Penyerahan dokumen
of Peraturan-Peraturan Perlindungan Data Peribadi (Tribunal Rayuan) 2021
P.U. (A)In forceProvision 7 of 8
Seksyen 7
Seseorang Pesuruhjaya yang telah disampaikan dengan notis rayuan di bawah subperaturan 6(2) hendaklah dalam masa empat puluh lima hari dari tarikh penerimaan notis rayuan itu menyerahkan kepada Setiausaha dokumen yang berikut:
(a)
keputusan Pesuruhjaya yang disebut dalam subseksyen 93(1) Akta;
(b)
suatu pernyataan fakta kes;
(c)
alasan bagi keputusan Pesuruhjaya yang disebut dalam seksyen 94 Akta;
dan
(d)
dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Pesuruhjaya.