Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (TRIBUNAL RAYUAN) 2021
Seksyen 8
(1)
Apabila dokumen yang dinyatakan dalam peraturan 7 diterima,
Setiausaha hendaklah menyediakan salinan rekod rayuan yang mencukupi dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan dokumen.
(2)
Rekod rayuan itu hendaklah mengandungi dokumen yang berikut:
(a)
suatu salinan diakui sah notis rayuan; dan
(b)
suatu salinan diakui sah dokumen yang dinyatakan dalam peraturan 7.
(3)
Apabila selesai penyediaan rekod rayuan di bawah subperaturan (1),
Setiausaha hendaklah mengeluarkan suatu notis rekod rayuan dalam Borang C