Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017

Seksyen 11

(1)

Jika suatu perjanjian jualan kredit memperuntukkan caj terma berkenaan dengan mana-mana barang atau kelas barang—

(a)

caj terma itu hendaklah pada kadar tetap;

(b)

caj terma itu hendaklah dikira mengikut formula sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat; dan

(c)

kadar caj terma itu tidak boleh melebihi lima belas peratus setahun.

(2)

Tiada perubahan boleh dibuat kepada caj terma berkenaan dengan mana-mana barang atau kelas barang selepas perjanjian jualan kredit ditandatangani oleh pembeli dan pemberi kemudahan kredit.

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), kadar caj terma sebagaimana yang dinyatakan dalam suatu perjanjian jualan kredit boleh dikurangkan jika pengurangan itu dipersetujui bersama oleh pemberi kemudahan kredit dan pembeli.

Kadar peratusan tahunan

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017