Skip to content

Seksyen 18

Rundingan bersama

of Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017

P.U. (A)In forceProvision 18 of 27
Seksyen 18

(1)

Sebelum suatu notis di bawah subseksyen 24V(1) Akta dikeluarkan kepada pembeli mengenai penyelesaian ansuran lampau di bawah perjanjian jualan kredit, pembeli boleh berunding dengan pemberi kemudahan kredit mengenai bayaran ansuran lampau itu pada bila-bila masa.

(2)

Jika pembeli gagal membayar amaun yang kurang antara hasil jualan atau pelupusan barang yang dibeli yang diserahkan balik dengan amaun keseluruhan yang belum dijelaskan yang kena dibayar di bawah perjanjian jualan kredit di bawah subseksyen 24W(7)

Akta akibat daripada apa-apa kesusahan yang dihadapi oleh pembeli, pembeli itu boleh berunding dengan pemberi kemudahan kredit bagi penyelesaian alternatif berkenaan dengan penyelesaian amaun yang kurang itu.