Malaysia legislation
Section 20
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017
Seksyen 20
(1)
Seorang penjual atau pemberi kemudahan kredit hendaklah mempamerkan suatu notis di pintu masuk premisnya atau di mana-mana tempat lain yang mudah dilihat di premis itu yang menyatakan maklumat yang berikut:
(a)
caj terma yang disebut dalam peraturan 11 yang dikira mengikut formula sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;
(b)
caj sampingan yang disebut dalam peraturan 13;
(c)
tempoh yang disebut dalam subseksyen 24N(8) dan (9) Akta; dan
(d)
tempoh ansuran yang disebut dalam peraturan 15.
P.U. (A) 322 13
(2)
Notis yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah—
(a)
dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris; dan
(b)
ditulis tangan atau dicetak dengan huruf besar yang ketinggian penghurufannya tidak kurang daripada lima sentimeter.
(3)
Tanpa menjejaskan perenggan (2)(a), penjual atau pemberi kemudahan kredit boleh mempamerkan notis yang disebut dalam subperaturan (1) dalam bahasa lain dengan syarat bahawa notis itu mempunyai maklumat yang sama sebagaimana notis yang dipamerkan di bawah subperaturan (1).
Penzahiran maklumat dalam iklan barang