Skip to content

Seksyen 6

Kandungan tambahan perjanjian jualan kredit

of Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2017

P.U. (A)In forceProvision 6 of 27
Seksyen 6

Sebagai tambahan kepada kandungan perjanjian jualan kredit yang dikehendaki di bawah seksyen 24P Akta, perjanjian jualan kredit hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

kaedah bagi pembayaran setiap ansuran bulanan;

(b)

pemilihan yang boleh dibuat sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran dua ansuran berturut-turut oleh pembeli sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 24V(2) Akta;

(c)

formula bagi pengiraan caj terma, kadar peratusan tahunan, caj bayaran lewat dan rebat berkanun mengikut Jadual Keempat, Jadual Kelima, Jadual Keenam dan Jadual Ketujuh, masing-masing;

(d)

penamatan perjanjian jualan kredit dan penyerahan balik barang yang dibeli di bawah perenggan 24V(2)(c) Akta; dan

P.U. (A) 322 6

(e)

penamatan perjanjian jualan kredit secara penyelesaian awal di bawah peraturan 16.