Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (JUALAN KREDIT) 2017
Seksyen 7
(1)
Penjual atau pemberi kemudahan kredit, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak penjual atau pemberi kemudahan kredit itu, atau pengedar hendaklah memastikan bahawa—
(a)
jargon teknikal dan jargon undang-undang telah diterangkan kepada bakal pembeli dalam bahasa yang mudah dan jelas serta difahami oleh bakal pembeli itu; dan
(b)
kandungan perjanjian jualan kredit telah diterangkan kepada bakal pembeli dan difahami oleh bakal pembeli itu.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), tandatangan atau cap jari pembeli berkenaan dengan suatu perjanjian jualan kredit hendaklah menjadi bukti bahawa kehendak di bawah subperaturan (1) telah dipenuhi.
Fi pemprosesan